Pelajar guna sumbangan Hospital Pakar KPJ Perdana sambut Aidilfitri

Pelajar guna sumbangan Hospital Pakar KPJ Perdana sambut Aidilfitri

ZAWARI Abdullah (kanan) menyampaikan sumbangan zakat kepada asnaf di Majlis Penyampaian Sumbangan KPJ, Kota Bharu Kelantan semalam.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pelajar Nor Farah Aina Mat, 15, memanfaatkan sumbangan kewangan yang diterima dari Hospital Pakar KPJ Perdana untuk membeli pakaian baharu bagi Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Pelajar dari Pertubuhan Kebajikan Darul Al Kautsar, Demit, Kubang Kerian itu berkata, sudah lama dia memasang impian untuk memakai baju baharu pada Aidilfitri namun terpaksa ditangguhkan akibat masalah kesempitan hidup yang dialami keluarga.

“Pendapatan ibu mengambil upah menjahit pakaian tidak menentu. Pada masa sama, ibu terpaksa menjaga ayah yang menghidap penyakit tekanan darah rendah.

“Selain itu, ibu perlu menyara tiga lagi adik beradik berusia antara lapan hingga 21 tahun,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Penyampaian Sumbangan Zakat Hospital Pakar KPJ Perdana di sini semalam yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Perdana Kota Bharu Zawari Abdullah.

Seorang lagi penerima yang merupakan ibu tunggal Siti Marysha Bustaman, 42, memberitahu, bantuan berbentuk wang tunai sedikit sebanyak meringankan bebannya untuk menyambut Aidilfitri.

Katanya, walaupun bekerja sebagai pembantu jururawat di sini namun gaji yang diperoleh setiap bulan digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan keluarga.

“Saya tinggal bersama bapa berusia 70 tahun yang sakit tua dan  anak perempuan berusia 11 tahun. Pada masa sama, saya perlu menyara adik kandung perempuan yang kematian suami serta dua anak,” ujarnya.

Pada majlis tersebut seramai 44 penerima yang terdiri daripada pelajar Pertubuhan Kebajikan Darul Al Kautsar termasuk ibu tunggal.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya