Pekebun getah maut trak pikap hilang kawalan, bertembung

Pekebun sayur maut trak pikap hilang kawalan, bertembung

KEADAAN trak pikap selepas bertembung di Kilometer 63, Jalan Gua Musang-Lojing di Gua Musang, Kelantan, kelmarin.UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pekebun maut selepas trak pikap yang dipandunya hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lagi trak pikap di Kilometer 63, Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Hendrop di sini kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, mangsa, A. Ruban, 25, yang memandu trak pikap jenis Isuzu meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaannya. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu dari arah Gua Musang menghala ke Lojing sebelum kenderaan dipandunya hilang kawalan.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kenderaan dipandu Ruban masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki dua lelaki berusia 20 dan 23 tahun.

“Nahas itu mengakibatkan mangsa tercampak keluar dari kenderaannya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu dan penumpang jenis Toyota Hilux yang juga merupakan pekebun mengalami cedera ringan selepas kenderaan dinaiki mereka terbalik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Choon Foo memberitahu, mayat Ruban dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk proses bedah siasat manakala dua lagi mangsa dirawat di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands, Pahang.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh hubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Gua Musang di talian 09-912 1222 atau pegawai penyiasat 017-283 0392 untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya