Pak belang baham ternakan di Felda Ulu Tebrau? - Utusan Malaysia

Pak belang baham ternakan di Felda Ulu Tebrau?

BEBERAPA bangkai haiwan ternakan dan kesan tapak kaki dipercayai harimau ditemukan dalam kawasan kebun kelapa sawit di Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penduduk di Felda Ulu Tebrau di sini digemparkan dengan dakwaan kemunculan seekor binatang buas dipercayai harimau selepas kesan tapak kakinya ditemukan.

Lebih membimbangkan, beberapa bangkai haiwan ternakan seperti lembu dengan kesan gigitan turut ditemukan dalam kawasan semak di kebun kelapa sawit penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd. Aziz berkata, pihaknya telah berhubung dengan pengurus Felda tersebut supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjamin keselamatan daripada ancaman binatang buas berkenaan.

“Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) juga telah turun untuk memantau kawasan ladang. Pada masa ini, pengurus Felda sudah maklumkan supaya penduduk tidak digalakkan masuk ke kawasan ladang buat sementara waktu.

“Sekiranya perlu, pastikan dilakukan secara berpasangan atau berkumpulan. Elakkan bertentangan mata dengan binatang buas sekiranya terjumpa kerana dianggap sebagai ancaman,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, tular beberapa gambar dikaitkan dengan kehadiran seekor binatang buas dipercayai harimau dalam media sosial penduduk kawasan berkenaan.

Amira Aisya menasihatkan penduduk tidak mengganggu binatang berkenaan sekiranya terserempak di mana-mana tempat.

“Keselamatan kita paling utama dan agensi berwajib sedang jalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.Tanggungjawab kita sekarang adalah sebarkan pesanan ini dan jaga keselamatan bersama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya