Negeri Sembilan mara ke suku akhir Piala FA - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan mara ke suku akhir Piala FA

PENYERANG Negeri Sembilan, Casagrande membuat sepakan akrobatik dalam aksi Piala FA menentang pasukan PIB Shah Alam FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC mara ke pusingan suku akhir Piala FA selepas menewaskan kelab Liga M3, PIB Shah Alam FC 2-0 dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini.

Tuan rumah dilihat lebih banyak menguasai perlawanan namun separuh masa pertama buntu dengan jaringan.

Negeri Sembilan hampir mendapat gol pendahuluan pada minit ke-13 apabila tandukan Filemon Anyie Standly hasil hantaran Da Silva tersasar di atas palang gol PIB Shah Alam. 

Pasukan pelawat mendapat peluang pada minit ke-20, namun sepakan Ahmad Ikhwan Hafiz berjaya ditampan penjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

PERTAHANAN pasukan PIB Shah Alam FC mengawal ketat pergerakan pemain Negeri Sembilan FC, Filemon Ayie Standly dalam aksi Piala FA menemukan kedua-dua pasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Pada minit ke-27, Casagrande cuba memecah kebuntuan tetapi sepakan gunting pemain itu di depan pintu gol lawan berjaya ditepis penjaga gol Izzat Abd. Rahim.

Negeri Sembilan yang bermain di laman sendiri sekali lagi hampa apabila larian pantas Mahali Jasuli di kiri gol lawan gagal menyepak tepat ke gawang PIB Shah Alam pada minit ke-30.

Memasuki separuh masa kedua, gol yang dicari muncul pada minit ke-51 apabila Casagrande menggunakan kelebihan ketinggian badannya menanduk masuk hantaran daripada sepakan percuma Che Rashid Che Halim di luar kotak penalti.

Jaringan tersebut telah meningkatkan motivasi para pemain tuan rumah untuk terus memburu gol.

Pemain gantian pasukan tuan rumah, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi kemudian menjaringkan gol kedua dengan tandukan daripada sepakan sudut oleh seorang lagi pemain gantian, Mohamad Zamri Ramli pada minit ke-80.

Skuad Jang terus memburu gol namun sehingga tamat perlawanan keputusan kekal dengan 2-0 memihak tuan rumah.

Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan akan menentang Selangor pada saingan suku akhir selepas pasukan Red Giant itu menumpaskan Pahang 4-0.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya