Negeri Sembilan ikat Sabah di Paroi - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan ikat Sabah di Paroi

PERTAHANAN Negeri Sembilan, Herold Mark Goulon melakukan tandukan dalam aksi Liga Super menentang Sabah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN:  Pertemuan di antara Negeri Sembilan FC dan Sabah FC dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini malam tadi berakhir dengan keputusan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Pelawat dilihat banyak menguasai perlawanan dan memiliki peluang jaringan dan peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-15.

Ia menerusi percubaan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar yang membuat percubaan deras namun bola hanya singgah di palang manakala percubaan susulannya pula berjaya diselamatkan oleh penjaga gol tuan rumah, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Pada minit ke-20, skuad Jang kemudian memperoleh sepakan percuma di luar kotak penalti dan peluang itu tidak disia-siakan oleh Tommy Mawat Bada yang merembat terus ke gawang lawan dan gagal diselamatkan penjaga gol, Damien Chien Khai Lim.

Sehingga tamat separuh masa, kedudukan tersebut kekal mendahului 1-0.

PERTAHANAN Negeri Sembilan, Che Rashid Che Halim (kiri) menghalang asakan pemain Sabah dalam pertemuan kedua-dua pasukan bagi saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

Memasuki separuh masa kedua, perlawanan terus berlangsung rancak dengan pelawat bertali arus melancarkan serangan memburu gol penyamaan.

Usaha itu berhasil pada minit ke-75, apabila Sabah berjaya mengikat kedudukan menerusi Taesu Park yang menanduk masuk bola ke gawang tuan rumah selepas menerima hantaran daripada Jailton Lourenco Da Silva.

Kedua-dua pasukan kemudian cuba mencari peluang untuk mencari gol kemenangan namun buntu sekali gus hingga tamat perlawanan, keputusan kekal 1-1 dan masing-masing membawa pulang satu mata.

Negeri Sembilan selepas mengharungi tujuh perlawanan kini mengutip sembilan mata hasil dua kemenangan dan tiga kali seri manakala Sabah pula kini meraih 14 mata selepas lapan perlawanan hasil empat kemenangan dan dua kali seri.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya