KOTA BHARU: Bekas bintang Piala Dunia Korea Choi Moon-sik yang juga pengendali Kelantan FC menjadi jurulatih pertama dalam Liga Super ‘direhatkan’ musim ini.
Tindakan itu susulan aksi kurang memuaskan yang dipersembahan oleh Kelantan FC sepanjang berada dibawah kendalian Moon-Sik
Kenyataan itu dibuat oleh Kelantan FC menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi satu hantaran di laman sosial Fecebook rasmi pasukan pada pukul 9 malam tadi sebelum sepak mula Liga Super menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Menerusi kenyataan itu, Kelantan FC mengumumkan Rezal Zambery Yahya sebagai pemangku jurulatih bermula malam ini bagi menggantikan Moon-sik.
“Pelantikan ini berkuat kuasa sehingga pihak pengurusan melantik pengendali baharu Kelantan FC.
“Semoga dengan perlantikan ini, Rezal Zambery dapat memikul tanggungjawab ini untuk mamacu pasukan pasukan (Kelantan FC) ke arah yang lebih baik,” katanya.
Rezal Zambery bukanlah nama asing buat Kelantan apabila membantu pasukan itu muncul naib juara Liga Perdana musim lalu.
Semasa dibawah kendalian Moon-sik Kelantan meraih satu kemenangan satu, satu seri dan merekodkan empat kekalangan sepanjang enam perlawanan setakat ini.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Kelantan FC melantik Frank Bernhardt sebagai Pengarah Teknikal bagi menggantikan Nasir Yusuf.-UTUSAN