Mayat tanpa identiti ditemukan terapung - Utusan Malaysia

Mayat tanpa identiti ditemukan terapung

MAYAT ditemukan terapung di Sungai Kahang Batu 22 di Pekan Kahang, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Mayat berpakaian serba hitam ditemukan terapung di Sungai Kahang namun tidak dapat dikenal pasti jantina serta identitinya. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, mayat tersebut ditemukan oleh seorang lelaki pada pukul 12.46 tengah hari semalam semasa menjalankan kerja proses rawatan air di Loji Rawatan Air Kahang Batu 22 di Kahang. 

Menurut laporan, lelaki berkenaan ternampak satu objek menyerupai mayat dalam keadaan terlentang di permukaan air yang tersangkut pada pelepah kelapa sawit.

“Pemeriksaan terhadap mayat mendapati sudah dalam keadaan membengkak, berpakaian baju T warna hitam dan seluar panjang warna hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya, tiada sebarang identiti ditemukan pada mayat dipercayai sudah lebih tiga hari berdasarkan keadaannya.

Hasil pemeriksaan turut mendapati tiada sebarang kesan luka atau lebam pada mayat yang kemudiannya dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat. 

Orang ramai yang ada kehilangan saudara mara atau ahli keluarga boleh berhubung dengan pihak polis bagi proses pengecaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya