KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) sedia membantu doktor kontrak yang tidak ditawarkan jawatan tetap untuk membuka klinik sendiri termasuk menyediakan pinjaman modal dan latihan. Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehingga kini, Mara telah membantu ramai doktor dan ahli farmasi menjadi usahawan dengan membuka cawangan kemudahan itu di bawah jenama U.n.i Klinik, U.n.i Dental dan U.n.i Farmasi. Sehubungan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), SME Bank dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dalam waktu terdekat bagi membincangkan bagaimana dana keusahawanan yang disediakan kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya