Mangsa banjir Rantau Panjang terima subsidi bulanan sewa rumah hingga 2026

Mangsa banjir Rantau Panjang terima subsidi bulanan sewa rumah hingga 2026

AHMAD Yakob (empat belakang) bersama mangsa banjir yang menerima rumah pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Home2Live di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Mangsa banjir termenung yang terkesan dengan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di sini diberi subsidi bulanan sewa rumah sebanyak RM300 bermula tahun ini sehingga 2026.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, peruntukan sebanyak RM417,600 sepanjang tempoh empat tahun itu melibatkan seramai 58 keluarga dari Kampung Gual To’Deh, Kampung Tersang dan Kampung Lanchang serta beberapa kawasan lain.

“Subsidi ini akan diagihkan kepada ketua keluarga dalam tempoh enam bulan musim tengkujuh setiap tahun dengan peruntukan sebanyak RM104,400.

“Agihan subsidi rumah sewa akan bermula pada bulan Oktober dan berakhir pada Februari tahun berikutnya atau dalam tempoh musim tengkujuh di Kelantan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Home2Live di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang di Kampung Padang Licin di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, projek PLSB yang merangkumi fasa 1,2 dan 3 dijangka siap pada tahun 2026.

Katanya, sehubungan itu, mungkin ada penduduk yang tidak dapat bekerja dan subsidi tersebut dapat membantu mereka sepanjang tempoh banjir termenung akibat pelaksanaan PLSB.

“Pemilihan penerima Subsidi Rumah Sewa dilakukan melalui tapisan ketua kampung, pejabat Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya