Lima penerima dapat Rumah Prihatin

Lima penerima dapat Rumah Prihatin

HAMEED Mytheen Kunju Basheer (empat dari kanan) menyerahkan replika kunci kepada seorang penerima bantuan Rumah Prihatin di Kampung Ramuan China Kechil, Lubok China, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI lima penerima dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Melaka menerima bantuan Rumah Prihatin.

Majlis penyerahan kunci kediaman disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Bantuan berkenaan adalah inisiatif Kerajaan Negeri Melaka bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan atau yang berdaftar dengan Pangkalan Data Kemiskinan Negara (e-Kasih) untuk memiliki rumah sendiri.

Pembinaan lima Rumah Prihatin itu membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM172,500. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya