Lelaki mabuk rosakkan ATM, berang kad bank ‘ditelan’ - Utusan Malaysia

Lelaki mabuk rosakkan ATM, berang kad bank ‘ditelan’

SEORANG lelaki ditahan kerana cuba memecahkan cermin sebuah mesin ATM di Taman Nusa Bestari, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Berang kerana kad banknya ‘ditelan’, seorang lelaki yang dalam keadaan mabuk bertindak cuba memecahkan cermin sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di Jalan Bestari 6/2, Taman Nusa Bestari, di sini.

Namun, tindakan itu membawa padah apabila lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada pukul 3.15 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, selain cuba memecahkan cermin ATM tersebut, suspek turut menendang tong sampah yang berada di kawasan itu.

“Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Bahagian Pencegah Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Iskandar Puteri telah berjaya menangkap suspek yang disyaki telah melakukan khianat pada harta benda. 

“Kejadian berlaku di dalam Alliance Bank, Jalan Bestari 6/2, Taman Nusa Bestari. Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat tentang salah laku jenayah boleh menghubungi Pusat Kawalan Ibu pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri menerusi talian 07-5113622 atau 07-5114486. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya