Kuota tambahan haji awal Mei

Kuota tambahan haji awal Mei

MALAYSIA dijangka mendapat kuota tambahan jemaah haji musim ini susulan perbincangan antara kedua-dua negara, baru-baru ini. – UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan permohonan sebanyak 10,000 kuota tambahan jemaah haji bagi tahun ini diketahui pada awal bulan depan.

Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, tahun ini, Malaysia telah memperoleh semula kuota asal jemaah haji berjumlah 31,600 jemaah.

“Rayuan pertama melibatkan 350 kuota telah diluluskan dan kita sudah membuat permohonan kuota tambahan sebanyak 10,000 jemaah lagi.

“Mungkin dengan kuota tambahan itu lebih ramai bakal jemaah yang kita boleh uruskan,” katanya pada sidang media Pengumuman Agihan Keuntungan Tabung Haji 2022, di sini, semalam.

Sementara itu, Azman berkata, penerbangan pertama jemaah haji Malaysia adalah pada tahun ini dijangka pada 21 Mei ini.

Katanya, berbanding tahun lalu, keputusan tarikh penghantaran pada tahun ini berbeza dise­babkan jumlah dan operasi jemaah akan kembali ke tahap normal seperti tahun sebelum Covid-19.

“Ketika ini TH masih belum mengetahui jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji memandangkan masih dalam proses merayu kuota tambahan daripada kerajaan.

Terdahulu, Malaysia berjaya mendapatkan semula kuota rasmi jemaah haji yang pernah ditetapkan oleh Arab Saudi pada awal 2020 lalu untuk musim haji 1444/2023 iaitu seramai 31,600 orang.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebelum ini memberi bayangan kebarangkalian besar kuota rasmi jemaah haji Malaysia dapat ditingkatkan selepas mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi bertemu rakan sejawatnya iaitu Putera Faisal Farhan pada Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN