Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa terbakar tengah malam tadi

Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa terbakar tengah malam tadi

ANGGOTA bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran melibatkan sebuah bangunan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, Kelantan tengah malam tadi.-UTUSAN/IHSAN JBPM KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Empat buah bilik yang terletak di sebuah bangunan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini, terbakar tengah malam tadi.

Kebakaran pukul 12.26 tengah malam itu melibatkan tiga buah bilik pemeriksaan doktor untuk pesakit luar dan satu bilik pemandu ambulans.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam satu kenyataan berkata, seramai lima 15 anggota termasuk dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan Kota Bharu telah dikejarkan ke lokasi untuk kerja-kerja memadam kebakaran.

“Semasa tiba dilokasi, komander operasi melaporkan kebakaran tersebut sudah berlaku sebanyak 80 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 12:55 tengah malam dan padam sepenuhnya jam 2.18 pagi,” katanya.

JBPM Kelantan memberitahu, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya