Khianat : Dua lelaki ditahan kes kereta terbakar - Utusan Malaysia

Khianat : Dua lelaki ditahan kes kereta terbakar

SEBUAH kereta Proton Iswara terbakar dipercayai berunsurkan khianat dalam kejadian di Taman Seremban Jaya, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua lelaki telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes kebakaran sebuah kereta jenis Proton Iswara di hadapan sebuah rumah di Taman Seremban Jaya di sini hari ini yang dipercayai berunsurkan khianat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkara, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi selepas mangsa seorang lelaki berusia 19 tahun menyedari kenderaannya terbakar.

“Mangsa mendapati kereta miliknya jenis Proton Iswara Aeroback terbakar hampir 50 peratus di bahagian badan kenderaan tersebut.

“Ketika kejdian kenderaan diletakkan di hadapan rumah di Taman Seremban Jaya di sini kemudian telah datang seorang lelaki tidak dikenali membaling sesuatu disyaki cecair mudah terbakar ke arah kereta mangsa sebelum membakar dan melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nanda, laporan polis telah dibuat oleh mangsa pada pukul 11.49 pagi dan susulan kejadian itu pihak polis telah menahan dua lelaki bagi tujuan siasatan.

“Dua lelaki itu berusia 17 dan 22 tahun telah ditahan dan perintah reman terhadap kedua-dua suspek akan dimohon di Mahkamah Majistret Seremban esok. Punca kejadian masih dalam siasatan polis,” katanya.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya