Kerajaan Kelantan sokong Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani

Kerajaan Kelantan sokong Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani

AHMAD Yakob (kanan) memberikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir ke rumah terbukanya di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kerajaan Kelantan memberi sokongan kepada kepada penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung di negeri ini pada 12 Mei depan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya sudah menerima surat daripada kerajaan persekutuan yang memaklum perkara tersebut.

Menurutnya, majlis tersebut akan dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

“Segala persiapan yang dilakukan oleh pihak kementerian dan Kerajaan Negeri dijemput untuk bersama.

“Kita (Kerajaan Negeri) tidak mempunyai halangan (Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri) dan hubungan antara Negeri dan Persekutuan mesti wujud,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu di sini hari ini.

Mengulas mengenai penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ahmad enggan memberikan sebarang komen.

Katanya, walaupun berbeza parti namun Kelantan lebih melihat kepada hubungan erat antara antara kerajaan negeri dengan persekutuan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Anwar tidak akan mengadakan Rumah Terbuka di kediaman rasmi beliau di Kompleks Seri Perdana, di sini sempena sambutan Aidilfitri 2023 pada 1 Syawal 1444H.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan memaklumkan, sebaliknya buat julung kalinya, Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri akan diadakan di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, program di Kedah  diangkat sebagai program berstatus nasional dengan jumlah kehadiran pengunjung disasarkan seramai 25,000 orang, manakala negeri-negeri lain pula seramai 15,000 orang di setiap lokasi.

Program di Kedah diadakan pada 29 April bertempat di Hotel Raia, Alor Setar bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang, dengan Kementerian Dalam Negeri sebagai kementerian peneraju.

Program di Kelantan pula akan diadakan pada 12 Mei bertempat di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV bermula dari pukul 7.00 petang hingga 10.30 malam, dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebagai kementerian peneraju.

Sementara di Terengganu majlis akan berlangsung pada 13 Mei bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UNISZA bermula dari pukul 7.00 petang hingga 10.30 malam, dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sebagai kementerian peneraju.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya