Kenderaan tular kemalangan di Genting Highlands ada 11 rekod saman - Utusan Malaysia

Kenderaan tular kemalangan di Genting Highlands ada 11 rekod saman

TANGKAP layar sebuah kereta sebelah kanan cuba memotong kenderaan lain sehingga berlaku kemalangan jalan raya di Kilometer 14.6, Jalan Genting Highlands di Bentong, Pahang. - FOTO/IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong mengesahkan video kemalangan jalan raya yang tular di laman sosial Facebook milik ‘Joekim Mako’ melibatkan sebuah kereta dipandu secara melulu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun di kilometer 14.6, Jalan Genting Highlands di sini.

Kejadian pada Ahad lalu, pukul 7.25 pagi itu turut di muatnaik di laman sosial Facebook ‘JB Tracer: Johor Bahru Traffic, Crime & Community.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, hasil siasatan polis berdasarkan rakaman papan pemuka yang ditularkan mendapati pemandu kereta berkenaan dalam perjalanan dari Serdang, Selangor menuju ke Genting Highland di sini.

“Setiba di sebuah selekoh, pemandu tersebut memotong sebuah kenderaan lain lalu hilang kawalan dan terbabas sendiri di kiri jalan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Zaiham, pemandu tersebut tidak mengalami kecederaan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 42, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, IPD Bentong sudah mengesan dan memanggil pemandu berkenaan untuk tindakan lanjut. Semakan ke atas kenderaan tersebut juga mempunyai 11 rekod saman undang-undang jalan raya.

“Kita juga akan membuat siasatan terlebih dahulu apabila pengadu hadir ke IPD Bentong. Pemilik papan pemuka sebuah kenderaan juga kita akan panggil serta dapatkan butiran untuk siasatan kes ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya