Kemarau: Kelantan saran masjid, surau laksana solat hajat

Kemarau: Kelantan saran masjid, surau laksana solat hajat

AHMAD Yakob.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyarankan seluruh masjid dan surau di negeri ini melaksanakan solat hajat bagi memohon pertolongan daripada Allah untuk mengatasi masalah cuaca panas yang boleh membawa kepada berlakunya kemarau berpanjangan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, solat hajat itu bertujuan memohon agar hujan dapat turun pada kadarnya demi kesejahteraan bumi dan seluruh penduduk di negeri ini.

“Negara kini berhadapan dengan cuaca terlalu panas yang dijangka sehingga bulan Ogos berikutan peralihan monsun. Berikutan keadaan tersebut telah menyebabkan kemarau yang berpanjangan dan memusnahkan tanaman pertanian. 

“Untuk itu, saya menyeru rakyat Kelantan untuk perbanyakkan istighfar dan berdoa kepada Allah SWT serta mengambil peluang untuk solat hajat di rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, semoga usaha dan ikhtiar ini, Allah menurunkan rahmat-Nya dengan menganugerahkan hujan secara menyeluruh bagi menyegarkan bumi ini.

Media sebelum ini melaporkan, beberapa jajahan di negeri ini iaitu Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai merekodkan gelombang haba pada tahap satu iaitu tahap berjaga-jaga.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya