Kelantan FC makin parah

Kelantan FC makin parah

PEMINAT Kelantan FC diseru memenuhi stadium pada aksi menentang Sri Pahang, Jumaat ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC terus dirundung malang apabila tumpas lagi ditangan Perak FC 2-3 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, sebentar tadi.

Turun dengan misi menamatkan ‘badi’ kekalahan, tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi jaringan Nuha Marong pada minit ke-14.

Minit ke-35, pelawat kembali mengikat kedudukan 1-1 selepas kapten The Red Warriors (TRW), Muhammad Yusri Yusmadi tertampan masuk bola ke gawang gol sendiri.

Pelawat terus bersorak gembira selepas itu apabila Luciano Guaycochea meledakan gol kedua The Bos Gaurus menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-45 yang gagal diselamatkan penjaga gol Kelantan FC Nik Mohd. Amin Nik Ahmad.

Aksi babak kedua, tuan rumah bermula baik apabila melakukan beberapa asakan ke kubu pelawat namun dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah.

Ketika rancak menyerang, The Bos Gaurus menambah derita TRW dengan gol ketiga menerusi tonggak pertahanan Che Mohamad Suhairi Che Halim pada minit ke-61.

 

Ketinggalan dua gol, skuad kendalian Frank Bernhardt tetap bersemangat untuk merapatkan jurang jaringan pada perlawanan tersebut.

Usaha Kelantan FC akhirnya berhasil apabila Nurshamil Abd. Ghani menjaringkan gol kedua pada minit-minit akhir perlawanan, namun semua itu sudah terlewat untuk mengubah kedudukan.

Keputusan 2-3 itu kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menghampakan penyokong TRW yang dahagakan kemenangan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya