Kebakaran: JKNK tangguh sementara operasi Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa

Kebakaran: JKNK tangguh sementara operasi Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa

DR. Zaini Hussin melihat kesan kebakaran di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menangguhkan sementara operasi di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kela susulan kebakaran melibatkan empat buah bilik malam tadi.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kesemua 100 petugas klinik berkenaan akan ditempatkan buat sementara waktu di Klinik Kesihatan Badang, Klinik Desa Kemeruk dan Klinik Desa Kemumin.

“Sepanjang tempoh siasatan, perkhidmatan kesihatan ibu dan anak akan beroperasi di Klinik Desa Kemumin dan Klinik Desa Kemeruk.

“Untuk pengendalian kes kronik kita beroperasi di Klinik Kesihatan Badang. Bagi kes pesakit luar dan kes kecemasan orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang berdekatan,” katanya kepada pemberita selepas turun padang melihat kesan kebakaran di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, JKNK akan maklumkan kepada orang awam mengenai pembukaan semula klinik ini selepas mendapat kebenaran daripada pihak bomba.

Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa ini yang mampu menampung 80,000 pesakit yang beroperasi sejak 1972, merangkumi unit farmasi, unit makmal, unit X-ray, klinik pergigian, unit fisioterapi dan cara kerja, klinik ibu dan anak termasuk unit kecemasan.

Utusan Online hari ini melaporkan, empat buah bilik yang terletak di sebuah bangunan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini, terbakar tengah malam tadi.

Kebakaran pukul 12.26 tengah malam itu melibatkan tiga buah bilik pemeriksaan doktor untuk pesakit luar dan satu bilik pemandu ambulans.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya