Kakitangan mahkamah maut nahas dengan lori - Utusan Malaysia

Kakitangan mahkamah maut nahas dengan lori

ANGGOTA bomba mengeluarkan pemandu Perodua Myvi yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Mersing Batu 10, Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang lelaki maut apabila Perodua Myvi dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa barangan runcit di Jalan Mersing Batu 10, petang ini.

Mangsa, Hairul Azhar Mohamad, 47, difahamkan merupakan kakitangan mahkamah  di Terengganu dikatakan dalam perjalanan pulang ke Felda Simpang Waha, Kota Tinggi. 

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Alias Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 2.24 petang sebelum menghantar 13 anggota dari BBP Endau dan Mersing ke lokasi kejadian.

“Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan sebuah lori membawa muatan barang. Akibat kemalangan itu pemandu Perodua Myvi telah tersepit di dalam kenderaan.

“Kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan khas oleh anggota terlibat dan berjaya mengeluarkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. 

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Pemandu lori berusia 47 tahun yang mengalami kecederaan telah diberi rawatan di lokasi oleh pihak perubatan,” katanya ketika dihubungi, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya