Jururawat hilang lebih RM200,000 diperdaya Macau Scam

Jururawat hilang lebih RM200,000 diperdaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang jururawat hanya mampu berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM200,000 termasuk wang pinjaman bank selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis bermula November hingga Sabtu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 40-an berada di tempat kerjanya Tanah Merah dan menerima panggilan telefon yang mendakwa dirinya membuat tuntutan insurans selama tiga bulan.

Menurutnya, mangsa yang menafikan dakwaan itu dan diarahkan membuat laporan di Balai Polis Ampang, Selangor sebelum menerima panggilan daripada pegawai polis berpangkat Inspektor.

“Suspek memaklumkan mempunyai waran tangkap untuk menahan mangsa selain waran pembekuan harta kerana terbabit dengan kes jenayah.

“Mangsa turut diberi pilihan untuk menjalankan siasatan menerusi panggilan telefon sekiranya tidak mahu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Agihan Bubur Lambuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata, mangsa kemudiannya diarahkan pergi ke sebuah bank untuk membuat akaun baharu seperti diarahkan oleh suspek kononnya untuk tujuan siasatan ke atas wang yang dimilikinya.

Katanya, sehingga Februari lalu, mangsa telah membuat pindahan wang daripada akaun bank lain ke akaun bank baharu bagi tujuan jaminan diri termasuk dua pinjaman bank yang dibuat dalam tempoh sebulan berjumlah RM148,000.

“Mangsa juga diarahkan supaya tidak membuat semakan ke atas akaun bank sepanjang tempoh siasatan.

“Curiga dengan siasatan itu, mangsa membuat pemeriksaan akaun banknya kira-kira pukul 6 petang pada Sabtu lalu sebelum mendapati wang berjumlah RM207,000 tiada dalam banknya,” ujarnya.

Muhamad Zaki, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya