JPJ bantu polis laksanakan penyuraian trafik di Gua Musang

JPJ bantu polis laksanakan penyuraian trafik di Gua Musang

PERTAMBAHAN kenderaan masuk ke negeri ini dapat dilihat apabila trafik yang semakin perlahan di Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan menempatkan anggotanya bagi membantu polis melaksanakan penyuraian trafik di laluan alternatif jalan Gua Musang-Kuala Lipis bagi melancarkan perjalanan susulan pertambahan kenderaan sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, tindakan tersebut susulan penutupan sementara laluan untuk kerja-kerja pemasangan cerucuk bagi pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C.

“Kami (JPJ) menjangkakan aliran trafik akan bertambah di Gua Musang (yang merupakan pintu masuk utama ke negeri ini) kerana orang ramai akan mula pulang ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Oleh itu, seramai 250 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan melaksanakan penugasan sepanjang Operasi Perayaan Sempena Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2023 yang bermula semalam hingga 27 April,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Misuari memberitahu, pihaknya akan menggunakan dron bagi melakukan pemantauan dari udara bertujuan untuk merakam imej video atau gambar pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan utama penyebab kemalangan.

Katanya, pada masa sama penguatkuasaan secara lebih efektif akan digerakan bagi mencapai sasaran pengurangan kemalangan jalan raya yang boleh meragut nyawa.

“JPJ Kelantan membuat rondaan di keseluruhan lokasi strategik termasuk ‘kawasan hitam’ yang meliputi laluan utama negeri dan lebuh raya bagi memastikan semua berada dalam keadaan selamat,

“Selain itu, kami juga akan melaksanakan pemantauan penuh terhadap kenderaan perkhidmatan awam (bas ekspress) dengan membuat pemeriksaan teknikal serta pemandu bas secara rawak supaya bebas daripada pengaruh dadah,” ujarnya.

Mohd. Misuari berkata, JPJ akan turut menempatkan anggotanya yang menyamar sebagai penumpang bagi memastikan pemandu sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mewujudkan jalan yang selamat.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya