JKDM patahkan 33 kes penyeludupan melibatkan nilai lebih RM3 juta

JKDM patahkan 33 kes penyeludupan melibatkan nilai lebih RM3 juta

SAZALI Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan 33 kes penyeludupan melibatkan nilai rampasan barangan termasuk cukai lebih RM3 juta menerusi Op Badai dan Op Makmur II di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula 27 Mac lalu.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, operasi yang berakhir hari ini itu melibatkan gerakan bersepadu anggota JKDM Kelantan, Terengganu, Pahang dan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (Cobra) 

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, 16 kes melibatkan sebanyak 3,412,964 batang rokok bernilai RM2.9 juta termasuk cukai berjaya dirampas diikuti lapan kes rampasan mercun seberat 1.32 tan berjumlah RM65,686.

“Selain itu, JKDM turut berjaya merampas beras seberat 4.98 tan bernilai RM12,278 termasuk cukai dan tujuh kes rampasan lain-lain barangan bernilai RM97,837.

“Sepanjang operasi dijalankan, seramai 10 individu ditangkap melibatkan tiga tangkapan kes seludup rokok, tiga tangkapan kes mercun dan empat tangkapan bagi lain-lain kes komoditi,” katanya pada sidang media di pejabat JKDM Terminal Pengkalan Bekalan Tok Bali (TBSB) di sini semalam.

Sazali memberitahu, Kelantan menyaksikan negeri tertinggi dalam kes penyeludupan berdasarkan kedudukannya yang bersempadan dengan negara jiran. 

Katanya, kebanyakan kes di negeri ini membabitkan pergerakan jalan darat termasuk modus operandi menyeludup rokok dari negara jiran ke negeri-negeri di selatan tanah air dan Lembah Klang.

“Kedua-dua operasi yang dilaksanakan bertujuan mengekang penyeludupan rokok menerusi jalan laut dan darat sekali gus menjadi medan meningkatkan kemahiran operasi taktikal pasukan dan anggota JKDM. Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) dan Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya