Jalan Gua Musang masih sesak dengan perantau

Jalan Gua Musang masih sesak dengan perantau

LALUAN jalan alternatif Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang, Kelantan hari ini masih sesak dengan kenderaan perantau yang mula pulang ke ibu kota.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jalan Gua Musang di sini masih lagi sesak dengan kenderaan anak-anak Kelantan di perantauan yang mulai pulang semula ke ibu kota selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di laluan Gua Musang-Kuala Krai dan jalan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis hari ini mendapati, jumlah kenderaan bertambah tetapi bergerak dengan lancar serta masih terkawal.

Seorang perantau, Hasmadi Hassan, 43, berkata, dia memilih untuk pulang ke Kuala Lumpur hari ini bagi mengelak kesesakan.

“Setibanya di bandar Gua Musang, aliran trafik melalui jalan alternatif bertukar menjadi perlahan kerana pertambahan kenderaan.

“Namun, kenderaan melalui jalan Gua Musang terkawal hari ini berbanding semalam,” katanya.

Seorang lagi perantau, Nur Alisa Razak, 36, memberitahu ini merupakan pertama kali dia melalui jalan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis.

Katanya, sebelum ini dia melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) kerana tidak mahu bersesak di jalan alternatif.

“Hari ini kenderaan menuju ke ibu kota masih lagi banyak dan kemungkinan sehingga hujung minggu ini pergerakan perantau.

“Kami berharap proses pembinaan jalan yang ditutup oleh pihak Jabatan Kerja Raya itu dapat disiapkan secepat mungkin agar tidak lagi berlaku kesesakan yang teruk,” katanya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya