Imam, bilal, siak masjid Pahang terima Bantuan Khas Aidilfitri - Utusan Malaysia

Imam, bilal, siak masjid Pahang terima Bantuan Khas Aidilfitri

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 2,711 orang terdiri daripada imam, bilal dan siak masjid di negeri ini diumumkan sebagai penerima tambahan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 membabitkan peruntukan berjumlah RM640,200.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah penerima tersebut, seramai 980 imam masjid bakal menerima RM300 setiap seorang dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM294,000.

Menurutnya, bilal pula menerima RM200 setiap seorang yang melibatkan 877 penerima dengan jumlah peruntukan RM175,400.

“Siak masjid pula akan menerima RM200 setiap seorang yang melibatkan 854 orang penerima dengan jumlah peruntukan RM170,800,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, kerajaan Pahang mengumumkan bantuan khas Hari Raya Aidilfitri tahun ini kepada lima kategori penerima di negeri ini membabitkan implikasi kewangan RM12.9 juta dan memberikan manfaat kepada 22,973 orang.

Secara keseluruhannya bagi keenam-enam kategori Bantuan Aidilfitri tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM13.59 juta yang memberi manfaat kepada 25,684 orang penerima.

Wan Rosdy berkata, bantuan kepada golongan sasar tersebut dilaksanakan berdasarkan kepada keupayaan kewangan kerajaan negeri.

“Saya berharap menerusi bantuan khas ini, ia dapat mengurangkan beban penerima terutama dalam membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya