Hidang kepala 'lembu limosin' masak air asam di rumah terbuka Aidilfitri

Hidang kepala ‘lembu limosin’ masak air asam di rumah terbuka Aidilfitri

CHE Abdullah Mat Nawi (kanan) memotong kepala lembu untuk dihidangkan kepada tetamu di rumah terbuka di kediamannya di Taman Mimi Kota Kubang Labu Wakaf Bharu Tumpat, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Bekas Ahli Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi menghidangkan kepala ‘lembu limosin’ kepada orang ramai yang menghadiri sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Taman Mimi, Wakaf Bharu di sini hari ini.

Che Abdullah berkata, hidangan itu merupakan menu eksotik yang dihidangkan kepada orang ramai sekaligus mencipta kelainan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurutnya, kepala lembu itu direbus selama enam jam bagi mendapatkan isinya yang empuk sekaligus mudah untuk dimakan.

“Sambutan Aidilfitri pada tahun lalu, saya sajikan kari kepada lembu kepada orang ramai. Tetapi…tahun ini kita cuba menu air asam pula.

“Alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat menggalakan sekaligus menunjukkan orang ramai cukup menggemari menu eksotik ini,” katanya ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Che Abdullah yang juga Pengerusi Yayasan Yayasan Dato’ Che Abdullah Al-Lambori memberitahu, sebanyak enam ekor lembu baka lomosin bernilai RM13,000 telah disembelih pada tahun ini.

Katanya, daging lembu tersebut di masak gulai kawah manakala kepalanya dibuat air asam.

“Jamuan saya ini terbuka kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang politik,” ujarnya.

Che Abdullah berkata, selain itu beliau turut menyediakan pelbagai pilihan menu seperti nasi dagang, mi sup, sate dan banyak lagi.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya