GST bebankan golongan berpendapatan rendah

GST bebankan golongan berpendapatan rendah

STEVEN SIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Meskipun ada pihak yang menyatakan kebaikan pelaksanaan  Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), namun Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong menegaskan cukai tersebut hanya membebankan golongan berpendapatan rendah.

Katanya, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk melaksanakannya semula kerana dalam tempoh pemulihan pasca pandemik.

“Mungkin ada yang kata GST ada kebaikannya, tetapi mengikut kajian golongan berpendapatan rendah mengalami kos pembayaran cukai lebih tinggi mengikut nisbah pendapatan mereka.

“Jadi cukai ini dah pun melalui dapatan-dapatan, golongan pemikir dan sebagainya, terbukti membebankan golongan pendapatan rendah berbanding golongan berpendapatan tinggi.

Justeru kita perlu meneliti suatu masa yang sesuai dengan masa kini dalam tempoh pemulihan pasca pandemik. Memang belum lagi masa untuk pertimbangkan pelaksanaan GST,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2023 di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas persoalan yang dibangkitkan Senator Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang menyatakan kerajaan perlu ada mekanisme terbaik dalam menyelesaikan masalah pungutan cukai kerana dilihat cara hari ini membebankan rakyat.

Katanya, dengan melihat cukai GST yang pernah dilaksanakan sebelum ini, berbilion kutipan cukai dapat dibuat dengan lebih telus berbanding dengan keadaan hari ini. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya