PETALING JAYA: Tawaran pembiayaan peribadi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merisikokan hutang isi rumah pencarum meningkat sehingga 90 peratus. Setakat Disember 2021, dilaporkan peratusan hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada kadar 89 peratus yang didorong oleh pinjaman kenderaan dan perumahan. Justeru, dengan mekanisme pinjaman baharu FSA2 tersebut dibimbangi hutang isi rumah bertambah kerana pencarum ‘berebut’ membuat pinjaman. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif berkata, tawaran pembiayaan FSA2 dikhuatiri menjerat kehidupan rakyat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya