Fazura tolak watak ‘penyondol’ jaga martabat wanita

Fazura tolak watak ‘penyondol’ jaga martabat wanita

FAZURA (tengah) bergambar bersama peminatnya di Kota Bharu, Kelantan semalam.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pelakon dan usahawan terkenal Fazura menolak untuk melakonkan watak ‘penyondol’ atau perampas bagi menjaga martabat sebagai seorang wanita.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, mendedahkan dia lebih selesa berlakon dalam semua genre yang mampu memberi impak dan manfaat kepada penonton. 

“Tidak dinafikan banyak skrip drama hari ini berkisarkan watak ‘penyondol’ serta perebutan lelaki antara dua wanita dan ia membosankan.

“Sebab itu, saya tidak mahu berlakon dengan watak yang boleh mengguris perasaan dan hati wanita. Saya akan terus berpegang kepada prinsip untuk memartabatkan maruah wanita, kerana tidak semua bersikap sama seperti yang dipaparkan melalui drama atau filem,” katanya kepada media selepas Program Perhimpunan Terbesar Pakaian Tradisional Melayu di sini semalam yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Zuraidin Abdullah.

Seramai 4,271 peserta pakaian tradisional yang mendaftar di pusat membeli belah tersebut sekaligus melayakan mereka menerima pengiktirafan Malaysian Book Of Record.

Fazura turut meluahkan rasa syukur apabila tudung keluarannya semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat.

Katanya, susulan itu dia bakal menghasilkan tudung bersaiz besar dan selendang bagi memenuhi permintaan yang tinggi ketika ini.

“Alhamdulillah saya diberi peluang berkongsi rezeki bersama ejen dan peniaga dalam talian,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya