Dua lelaki kantoi seludup minyak masak masa tarawih

Dua lelaki kantoi seludup minyak masak masa tarawih

ANGGOTA KPDN Kelantan (kanan) dan Polis membuat pemeriksaan keatas sebuah kereta yang ditahan selepas menyeludup minyak masak peket di Kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan semalam.-UTUSAN/IHSAN KDPN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Taktik licik dua lelaki menyeludup 595 kilogram (kg) minyak masak peket minyak masak peket semasa umat Islam  bertarawih terbongkar selepas diserbu anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan di Kampung Telaga Bata di sini semalam.

Serbuan pukul 9 malam itu bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor itu hasil maklumat risikan yang telah diterima berkait dengan aktiviti penyeludupan barangan kawalan itu.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, sejurus menerima maklumat tersebut anggota bertugas terus bertindak mengekori kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dari arah Kota Bharu mengala ke Tumpat disyaki mengangkut minyak masak peket.

Menurutnya, menyedari kehadiran anggota penguat kuasa pemandu kereta Proton Saga BLM itu bertindak memecut laju memasuki bulatan Pasir Pekan menghala ke Cabang Empat Tok Mek Ngah. 

“Setiba di Kampung Telaga Bata, kereta tersebut telah masuk ke laluan di tepi tali untuk cuba meloloskan diri daripada ditangkap anggota bertugas. Bagaimanapun, kereta tersebut telah terbabas dan kemudian tersangkut dalam semak.

“Selepas itu, dua lelaki telah bertindak keluar dari kereta dan melarikan diri ke kawasan semak berhampiran. Usaha anggota bertugas bersama PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor untuk mengesan kedua-dua suspek gagal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman memberitahu, pemeriksaan lanjut di dalam kereta berkenaan membawa kepada penemuan minyak masak bersubsidi seberat 595 kg.

Katanya, kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Nilai keseluruhan rampasan keseluruhan termasuk kereta dianggarkan berjumlah RM11,487.50,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya