Dera anak: Ibu kandung dibebas dengan jaminan polis - Utusan Malaysia

Dera anak: Ibu kandung dibebas dengan jaminan polis

Rahmat Ariffin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seorang wanita yang disyaki mendera anak kandung lelakinya berusia empat tahun sehingga menyebabkan kematian bersama suaminya dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, walaupun wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis, siasatan tentang kes tersebut masih diteruskan, namun suaminya masih ditahan reman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

“Suami wanita itu yang juga bapa tiri kepada mangsa yang direman sejak Jumaat lalu akan terus direman bagi membantu siasatan.

“Walau bagaimanapun, setakat ini polis masih belum ada apa-apa penemuan baharu dan siasatan dijalankan secara menyeluruh,” katanya hari ini.

Kelmarin, polis menahan pasangan suami isteri yang disyaki mendera anak lelaki hingga mendatangkan kecederaan di bahagian kepala, telinga, perut dan kaki di kediaman mereka di Jalan Aman, Skudai, sini.

Mangsa yang berusia empat tahun itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 8.20 pagi semasa sampai di wad kecemasan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Penganiayaan, Pengabaian, Pembuangan atau Pendedahan Kanak-kanak). 

Hasil siasatan awal, suspek lelaki berkenaan didapati memiliki satu rekod jenayah lampau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya