PETALING JAYA: Data rakyat Malaysia daripada pelbagai organisasi kerajaan dan swasta dikesan ‘dilelong’ secara pukal di laman web gelap atau dark web dengan harga serendah RM4,400 sehingga RM45,000. Kesemua data yang diperoleh daripada pelbagai industri termasuk perbankan, telekomunikasi dan agensi kerajaan dijual kepada penggodam menerusi pasaran gelap seperti forum dan aplikasi telegram bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Data-data yang ‘dilelong’ mempunyai maklumat penuh peribadi setiap individu seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, tarikh lahir, jantina, bangsa, agama, nombor telefon dan gambar. Kesan aktiviti itu menyebabkan ramai yang menerima panggilan daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya