KOTA BHARU: Jabatan Bomba Penyelamat dan Malaysia (JBPM) Kelantan menghadkan cuti pegawai dan anggota sebagai persediaan menghadapi musim kemarau yang sedang melanda negeri ketika ini.
Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, kesemua 251 pegawai termasuk anggota akan bertugas mengikut syif yang telah ditetapkan bagi memastikan operasi berjalan lancar.
Menurutnya, pada masa sama JBPM Kelantan sentiasa melakukan pemeriksaan berkala bagi memastikan peralatan dan kelengkapan memadam kebakaran sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
“Kita mempunyai kekuatan 27 jentera dan 24 buah pam angkut di seluruh negeri yang akan digunakan untuk kerja-kerja memadam kebakaran.
“Bagi kawasan yang tidak dapat di akses masuk oleh jentera, kita akan menggunakan pemerap api (fire bitter),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari.
Zainal memberitahu, pihaknya turut mengadakan mesyuarat penyelarasan tindakan kecemasan bertujuan memastikan operasi memadam kebakaran berjalan lancar.
Katanya, JBPM Kelantan sudah mengenalpasti empat lokasi iaitu Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas dan Gua Musang yang sering berlaku kebakaran hutan.-UTUSAN