Buruh ditahan bersama 6,000 biji pil kuda

Buruh ditahan bersama 6,000 biji pil kuda

PIL kuda yang dirampas selepas polis menahan seorang buruh dalam serbuan  di  jalan Jeli-Dabong Kampung Lama, Kuala Balah, Jeli, Kelantan.-UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Seorang buruh ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran sebanyak 6,000 biji pil kuda bernilai RM 60,000 semasa memandu kereta di tepi jalan Jeli-Dabong Kampung Lama, Kuala Balah di sini semalam.

Suspek yang berusia 47 tahun itu dicekup ketika memandu sebuah kereta jenis Proton Wira semasa anggota polis menjalan rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut kira-kira pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, anggota polis menahan kereta tersebut selepas melihat ia dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap sebuah beg silang bersama suspek menemui sebanyak 24 peket plastik yang berisi 6,000 biji pil kuda.

“Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah methamphetamine selain mempunyai dua rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

“Kesemua 6,000 pil kuda terbabit telah dirampas dan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saari memberitahu, kes disiasat mengikut 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 Dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya