Buang 400,000 batang rokok putih ditengah lautan

Buang 400,000 batang rokok putih ditengah lautan

SEBAHAGIAN rokok putih yang ditemukan terapung  pada jarak 25 batu nautika daripada muara Tok Bali, Pasir Puteh,  Kelantan, kelmarin-UTUSAN/IHSAN MARITIM MALAYSIA KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menemukan 40 kotak mengandungi 400,000 batang rokok putih yang dibuang ditengah laut kelmarin.

Kotak-kotak rokok tersebut ditemukan terapung pada pukul 1 petang pada jarak 25 batu nautika daripada muara Tok Bali, di sini, semasa anggota Maritim Malaysia Kelantan melakukan penugasan.

Pengarahnya, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata, sejurus menjumpai kotak-kotak tersebut anggota bertugas bertindak mengutip dan membawa balik ke jeti Maritim Kelantan untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua 40 bungkusan berwarna coklat yang ditemukan itu merupakan rokok putih yang disyaksi diseludup.

“Kita tidak menolak kemungkinan penyeludup tidak sempat mengambil kesemua rokok terapung ini dan mereka terpaksa meninggalkan bungkusan itu sejurus menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Nor Adli memberitahu, rokok seludup itu dipercayai untuk pasaran sekitar Pantai Timur dan rampasan itu dianggarkan berjumlah RM418,000.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya