Bilik simpan kucing di rumah TPM terbakar - Utusan Malaysia

Bilik simpan kucing di rumah TPM terbakar

Bilik simpan kucing di rumah TPM di Country Heights, Kajang terbakar. - Foto Bomba Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bilik simpanan kucing di kediaman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Country Heights , Kajang terbakar pada pertama Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, dalam kejadian pada pukul 1.30 petang, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dan BBP Bangi  dihantar ke lokasi untuk memadamkan apai.

“Kebakaran melibatkan bahagian bilik simpanan kucing di sebuah rumah banglo dua tingkat milik Timbalan Perdana Menteri.

“Keluasan yang terjejas akibat terbakar 15 peratus,” kata Morni.

Menurut beliau, api berjaya dipadamkan sejurus ketibaan pihak bomba manakala punca kejadian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya