Bersungguh mohon maaf petanda Mael XPDC pergi selamanya - Utusan Malaysia

Bersungguh mohon maaf petanda Mael XPDC pergi selamanya

JOE WINGS menabur bunga di atas pusara Mael XPDC di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Berita pemergian vokalis kumpulan XPDC, Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mael XPDC malam tadi mengejutkan keluarga terdekatnya.

Menurut anak saudaranya, Norashikin Abdullah, 44, kali terakhir dia bertemu Allahyarham beberapa hari lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

“Dia bersungguh-sungguh meminta maaf pada ahli-ahli keluarga raya kali ini. 

“Keadaan fizikalnya sedikit susut namun masih ceria bertemu serta menyapa sanak-saudara. 

“Kami tidak menyangka ucapan maaf tempoh hari menjadi petanda dia akan pergi selama-lamanya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Karakter Allahyarham yang sangat tenang pastinya memberi kesan mendalam kepada seluruh ahl keluarga dan sahabat handai.

Difahamkan Allahyarham amat menekankan pendidikan agama kepada anak-anaknya sejak kecil lagi.

Sementara itu, kaum keluarga serta rakan selebriti Allahyarham yang ditemui turut mengakui terkejut dengan berita pemergian lagenda rock tanah air itu.

Antara rakan artis yang dilihat hadir termasuk ahli kumpulan XPDC, Crossfire serta Joe Wings.

“Damailah di tempat baharumu ini sahabatku. Terima kasih atas segala kenangan yang kita kongsi bersama selama ini. 

“Gua juga akan menyusul lu bila time gua sampai nanti. Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa’afihi Wa’fu’anhu Syed Ismail Syed Ibrahim @ Mael XPDC, 7 Mac 1967-27 April 2023,” kongsi Joe Wings.

Jenazah Mael XPDC selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, pukul 10.55 pagi tadi dan dihadiri kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, sanak-saudara, rakan artis, peminat serta penduduk setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya