DUNGUN: Bekas keluarga mentua wanita yang mati dipercayai dibunuh suaminya dengan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi, dekat sini, akan menunaikan hasrat wanita itu supaya menjaga anak-anaknya. Bekas ibu mentuanya, Wan Zaini Wan Abdullah, 60, berkata, Allahyarham Rubiah Sabtu, 41, sering berpesan kepada keluarganya supaya menjaga anak-anaknya sekiranya dia meninggal dunia. “Dia (Rubiah) bagi tahu hanya mengharapkan keluarga mak cik,” katanya selepas pengebumian jenazah Allahyarham Rubiah di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Besi di sini, semalam. Utusan Malaysia semalam melaporkan, Rubiah ibu kepada tujuh orang anak itu mati dipercayai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya