MELAKA: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu akan dilantik dalam tempoh 48 jam, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh. Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Seri Negeri, semalam berkata, kesemua exco terdahulu di bawah kepemimpinan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali terbubar secara automatik selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu melepaskan jawatannya kelmarin. Katanya, komposisi parti politik yang dipilih sama ada turut melibatkan ADUN Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan kerana perlu mendapat pandangan daripada Presiden…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya