Bandar Gua Musang dilanda banjir kilat

Bandar Gua Musang dilanda banjir kilat

KEADAAN jalan yang ditenggelami banjir kilat di hadapan IPD Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Hujan lebat lebih satu jam mengakibatkan beberapa kawasan di sini dilanda banjir kilat hari ini.

Antara kawasan yang dilanda banjir kilat itu ialah hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di Bandar Baru, persimpangan lampu isyarat berdekatan restoran makanan segera KFC dan Taman Tropika.

Seorang pengguna jalan raya, Mohd. Nazri Mohamed, 40, berkata, hujan lebat mula melanda kawasan ini kira-kira pukul 1.30 petang.

Menurutnya, situasi itu menyebabkan air bertakung dan kemudian melimpah sehingga ke atas jalan raya.

“Limpahan air itu menyebabkan banyak kenderaan terkandas semasa cuba meredah banjir termasuklah pengguna motosikal,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Gua Musang, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff berkata, sehingga pukul 3 petang hujan masih berlaku di bandar ini.

Katanya, pihaknya menerima aduan sebuah kenderaan tersangkut dalam banjir kilat kira-kira pukul 2.50 petang di hadapan IPD Gua Musang dan ketika ini usaha menyelamat sedang dilakukan.

“Kami menasihatkan pengguna jalan raya berhati-hati dan tidak meredah air kerana boleh membahayakan nyawa.

“Ketika ini hujan masih lagi turun dan kita berharap agar hujan segera berhenti serta air cepat surut,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya