Anggota polis ditikam pengedar dadah ketika cuba selamatkan rakan setugas

Anggota polis ditikam pengedar dadah ketika cuba selamatkan rakan setugas

MUHAMMAD Zaki Harun (kiri) semasa melawat anggotanya yang cedera ditikam di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera di bahagian belakang selepas ditikam pengedar dadah semasa cuba membantu rakan setugasnya daripada ditikam di bahagian perut dalam kejadian di Kampung Siput Meranti, Pasir Mas, di sini petang semalam.

Mohammad Arif Ismail, 28, berkata, semasa kejadian dia dan rakan setugas Lans Koperal Aminullah Islahudin,29, tidak menyedari suspek bersenjatakan pisau semasa mahu memberkas lelaki berkenaan.

Menurutnya, kejadian disedari selepas darah memancut keluar dari belakang akibat tikaman tersebut.

“Pada masa yang sama, saya berusaha menghalang suspek daripada menikam perut Aminullah dan kami saling membantu mempertahankan serangan daripada suspek tersebut.

“Sehinggalah masing-masing kecederaan akibat kejadian itu,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan daripada Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) di sini hari ini.

Sementara itu, Aminullah memberitahu, dia masih terbayang kejadian tersebut dan ditikam bertubi-tubi yang diterima di bahagian lengan semasa pergelutan berlaku.

” Waktu itu, saya dan Mohammad Arif saling membantu menepis serangan daripada suspek yang telah bertindak agresif.

“Walaupun ini adalah kali pertama saya ditikam sepanjang tujuh tahun bertugas sebagai anggota polis, namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkhidmat,” ujarnya.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, Mohammad Arif mengalami kecederaan parah di bahagian belakang serta luka di pergelangan tangan kanan serta pipi kiri.

Seorang lagi anggota, Aminullah turut mengalami kecederaan parah di lengan kiri serta luka pada paha dan tangan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya