Anggota, jentera bomba ditempatkan di tiga lokasi berisiko di LPT sepanjang Aidilfitri - Utusan Malaysia

Anggota, jentera bomba ditempatkan di tiga lokasi berisiko di LPT sepanjang Aidilfitri

PELEPASAN jentera bomba yang akan ditempatkan di berapa lokasi berisiko di kawasan rehat dan rawat Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang cuti perayaan Aidilfitri ini. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebuah jentera bomba dan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) akan ditempatkan di tiga lokasi di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 sepanjang tempoh cuti sambutan Aidilfitri ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Dr. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, melalui cara ini dapat membantu pemandu sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini di lokasi berhampiran.

Menurutnya, anggota bomba akan bersiap sedia 24 jam di kawasan rehat dan rawat Gambang, Temerloh dan Genting Sempah.

“Pihak bomba akan membuat rondaan sepanjang musim perayaan ini dan tumpuan serta kesediaan adalah di kawasan rehat dan rawat yang berisiko di laluan LPT.

“Kehadiran pasukan peronda di kedua-dua belah kawasan rehat dan rehat akan memastikan bantuan mudah sampai sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

“Ini kerana ia mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk menunggu bantuan daripada balai bomba, jadi kita bersedia dengan jentera FRT dan EMERS untuk respon lebih pantas,” katanya selepas majlis Pelancaran kempen Keselamatan Kebakaran dan Ops Raya Aidilfitri JBPM Pahang di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini semalam.

Program tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN