Anak Rita Rudaini rajin belajar, peroleh PNG 3.5 semester lalu - Utusan Malaysia

Anak Rita Rudaini rajin belajar, peroleh PNG 3.5 semester lalu

RITA Rudaini Mokhtar menerusi akaun TikTok miliknya berkongsikan kegembiraan selepas anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang kini belajar di MRSM Ulul Albab, Gemencheh di Tampin berjaya memperoleh Anugerah Sijil Penghormatan Pengetua baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Anak sulung selebriti dan pelakon, Rita Rudani Mokhtar, 47, iaitu Airit Rayyan Rizqin Mohamad Aidil Zafuan, 14, memang merupakan seorang yang rajin belajar malah sering membantu rakan-rakannya yang lain dalam pelajaran.

Guru Penasihat Homeroom Fikrah 2022 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Gemencheh, Che Nurul Fahimah Che Ali berkata, hasil kesungguhan dan sikap rajin belajar itu, Airit Rayyan menjadi salah seorang penerima Anugerah Sijil Penghormatan Pengetua yang disampaikan pada 10 April lalu.

Anugerah itu jelas beliau berdasarkan keputusan peperiksaan semester dua tahun 2022 iaitu ketika Airit Rayyan berada di tingkatan satu.

“MRSM menjalankan sistem purata nilai gred (PNG) mengikut semester. Anugerah Sijil Penghormatan Pengetua diberikan kepada pelajar yang mencapai PNG 3.5 dan ke atas.

“Kejayaan yang diraih Airit Rayyan memang merupakan hadiah yang sangat bermakna sempena hari kelahiran Rita Rudaini pada 11 April.  Airit Rayyan merupakan seorang yang baik dan jujur, rajin belajar, serta sering memberi bantuan sesama ahli homeroom dan kawan-kawan,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Rita Rudaini menerusi akaun TikTok miliknya berkongsikan kegembiraan apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin memperoleh anugerah tersebut.

“Tahun lepas hari lahir mommy, Ryan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ni Ryan bagi hadiah lagi, dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi,” kongsi Rita Rudaini.

ASYRAF Wajdi Dusuki (kanan) turut berkesempatan menemui Airit Rayyan Rizqin ketika lawatannya ke MRSM Ulul Albab Gemencheh di Tampin pagi tadi.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut mengadakan lawatan ke MRSM Ulul Albab Gemencheh, di sini pagi tadi.

“Sehingga hari ini, seramai 957 huffaz berjaya dibentuk melalui modul Ulul-Albab di MRSM Gemencheh ini dan rekod pencapaian akademiknya juga membanggakan.

“Saya amat yakin model Ulul-Albab ini adalah formula ampuh yang boleh membina generasi Quranik Unik (al-Jiil Quraniyyu al-Farid) yang berdaya saing, berdaya saring dan berdaya maju yang mampu mendepani cabaran zaman mendatang yang lebih hebat dan mencabar,” jelas Asyraf Wajdi menerusi akaun media sosialnya.

Dalam lawatan itu, beliau turut mengadakan sesi dialog dengan warga Mara Negeri Sembilan dan tenaga pengajar MRSM selain berkesempatan meninjau ke kelas-kelas, asrama, tandas asrama, dewan selera dan kawasan cerun yang berisiko untuk runtuh di maktab tersebut.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya