KUALA LUMPUR: Anak bekas Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dijangka bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, namun di bawah tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Sumber memberitahu Utusan Malaysia, anaknya, Nurul Syazwani Noh akan bertanding di salah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Tanjong Karang. “Iya, namanya ada dalam senarai, namun biar pimpinan pusat yang mengumumkannya,” katanya ketika dihubungi, semalam. Noh ketika dihubungi untuk mendapatkan reaksi berhubung perkara itu berkata, beliau tidak akan menghalang niat anaknya jika Nurul Syazwani memilih untuk bertanding…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya