Ammar dilantik Ketua Tourism Malaysia - Utusan Malaysia

Ammar dilantik Ketua Tourism Malaysia

Tahniah Dr. Ammar Abd. Ghapar dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)  baharu berkuat kuasa semalam.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memaklumkan pelantikan Ammar bagi menggantikan Datuk Zainuddin Abdul Wahab yang bersara wajib pada 10 April lalu.

Mengikut kenyataan Tourism Malaysia, Ammar berpengalaman luas dalam sektor pelancongan negara dan jawatan terakhir beliau sebagai Pengarah Kanan, Bahagian Promosi Antarabangsa (Ameria/Eropah/Oceania).

“Pengalaman dan kredibiliti serta berkelulusan Doktor Falsafah dalam Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Ammar diyakini bukan sahaja dapat memperkuatkan dan modenisasi Tourism Malaysia mempromosikan pelancongan, malah dapat memperkasakan sektor pelancongan tempatan.

“Banyak negara sudah membuka semula sempadan, kementerian percaya Ammar juga berupaya mengambil peluang emas ini memimpin Tourism Malaysia menarik lebih ramai pelancong melancong di Malaysia dan mengetuai misi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2025,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pihaknya mengucapkan tahniah atas pelantikan itu.

Pada masa yang sama, kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Zainuddin atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN