Amaran ribut petir di sembilan negeri termasuk Putrajaya, KL - Utusan Malaysia

Amaran ribut petir di sembilan negeri termasuk Putrajaya, KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di sembilan negeri dan di dua Wilayah Persekutuan sehingga 5 petang ini..

Mengikut hebahan di Facebook, sembilan negeri tersebut  Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

Selain itu, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Miri dan Limbang) dan Sabah (Beaufort dan Tambunan, Tawau, Kunak dan Lahad Datu, Sandakan dan Kudat).

Amaran tersebut juga membabitkan dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

MetMalaysia  menjelaskan,  amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda bakal berlaku ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. 

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya