Aidilfitri : Semua premis perniagaan di Kota Bharu di tutup esok

Aidilfitri : Semua premis perniagaan di Kota Bharu di tutup esok

NOTIS penutupan premis perniagaan esok yang dikeluarkan oleh MPKB-BRI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Semua premis perniagaan, pasar raya, kompleks beli belah, kedai serbaneka dan restoran makanan segera di sini tidak dibenarkan menjalankan operasi perniagaan pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri. 

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin berkata, ketetapan notis itu dilakukan berdasarkan keputusan pihak berkuasa negeri Kelantan dan MPKB-BRI.

Menurutnya, pengusaha perniagaan yang gagal, ingkar dan cuai untuk mematuhi notis itu boleh dikenakan kompaun maksimum sehingga RM1,000.

“Selain itu, pemilik premis juga berdepan tindakan pendakwaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“MPKB-BRI juga boleh membatalkan lesen dan mengambil tindakan lain yang sesuai selaras dengan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya