Adik bekas Menteri Besar Kelantan meninggal dunia

Adik bekas Menteri Besar Kelantan meninggal dunia

NIK Razi Nik Mat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Razi Nik Mat meninggal dunia hari ini.

Allahyarham meninggal dunia dirumahnya di Kampung Pulau Melaka pada pukul 8 pagi tadi akibat penyakit radang darah yang dihidapnya sejak Disember lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi Facebook rasminya menyifatkan sumbangan Allahyarham kepada masyarakat begitu besar khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya merakamkan takziah kepada ahli keluarganya almarhum Tuan Guru. 

“Semoga Allah SWT membalas segala jasa yang dicurahkan, mengampunkan dan merahmatinya disisi para solehin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan petang ini selepas solat asar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN