PETALING JAYA: Sebanyak 76 lokasi di Semenanjung diklasifikasikan sebagai blackspot atau lokasi hitam kerana kerap berlaku kemalangan dalam tempoh setahun lalu. Berdasarkan senarai Kementerian Kerja Raya (KKR), 76 kawasan hitam tersebut membabitkan lokasi-lokasi di Jalan Persekutuan dan lebuh raya di negara ini. Mendahului carta, Kelantan mencatatkan 18 lokasi yang kerap berlaku kemalangan dengan tujuh daripada blackspot dikesan dalam daerah Pasir Mas. Bakinya, membabitkan beberapa lokasi di sepanjang Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu. Kedah dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan 13 kawasan hitam. Di Kedah, kawasan hitam membabitkan daerah Sik di sepanjang laluan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya