25 banduan sambut Adilifitri selepas dibebas secara berlesen 

25 banduan sambut Adilifitri selepas dibebas secara berlesen 

MOHD. Nasir Yusof (dua kiri) menyerahkan surat perintah kepada salah seorang banduan yang dibebaskan menerusi Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani 'Kepulangan Yang Dinanti" di Pusat Koreksional Machang, Kelantan hari-UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG : Seramai 25 banduan yang menjalani hukuman kurang setahun di Pusat Koreksional Machang di sini, berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga selepas dibebaskan menerusi Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani ‘Kepulangan Yang Dinanti” hari ini.

Pengarah Pusat Koreksional Machang, Penolong Kanan Komisioner Penjara Machang, Mohd. Nasir Yusof, berkata kesemua banduan yang berusia antara 20 hingga 60 tahun dibebaskan bagi membolehkan mereka menjalani hukuman dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, menerusi PBSL kesemua banduan yang menjalani hukuman selepas terbabit dengan penyalahgunaan dadah itu berpeluang memperoleh pekerjaan menerusi pemantauan dilakukan oleh pihak penjara sehingga tempoh sebenar berakhir.

“Seramai lima banduan dibebaskan diserahkan kepada keluarga masing-masing. Baki 20 lagi diserahkan kepada majikan bagi membolehkan mereka bekerja.

“Kita akan memberi peluang pekerjaan kepada Orang Bekas Banduan (OBB) yang melalui program PBSL,” katanya semasa sidang media selepas Majlis PBSL Insan Madani ‘Kepulangan Yang Dinanti’ Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023 Peringkat Pusat Koreksional Machang, di sini, hari ini.

Mohd. Nasir memberitahu, setiap banduan yang layak dibebaskan secara berlesen itu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penjara dengan menghabiskan baki hukuman antara sebulan hingga tiga bulan.

Katanya, pihaknya menaruh harapan agar banduan yang dibebaskan ini menunjukkan semangat yang tinggi dan komited dengan kerja yang diberikan oleh majikan masing-masing.

“Sepanjang banduan bekerja, mereka akan dipantau oleh Pegawai Penjara Daerah (PPD) dan tingkah laku mereka akan dinilai dan akan mempengaruhi keputusan PBSL. Kita telah melalui dimensi baharu dalam dunia pengurusan pesalah dan tidak hanya memberi fokus kepada pelaksanaan hukuman semata-mata.

“Untuk itu, kita telah melebarkan kefungsian selaras dengan keperluan masyarakat kini yang lebih memerlukan khidmat sebagai pegawai pemulihan dan bukannya pegawai pelaksana hukuman semata-mata,” ujarnya.

Mohd. Nasir berkata, sepanjang tahun seramai 607 banduan seluruh Kelantan telah dibebaskan dan 275 untuk 2023 setakat ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya